Wednesday, January 11, 2012

Ayat Samyvellu yang kelakar sepanjang zaman

(Entry copy paste ehsan facebook roomate aku)


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai" 

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar" 

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"



Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Cita-cita besar

Kita semua bercita-cita hebat dalam semua aspek.


Result nak dekan setiap sem. Main bola nak masuk Masum, pastu score 10 gol. Awek nak Hanis Zalikha. Kerja nak jadi boss. Gaji nak puluh-puluh ribu. Duit nak sejuta. Rumah nak 3 tingkat. Kereta nak Ferrari. Motor nak Ducatti. Bini nak lawa. Suami nak hensem. Hidup nak bahagia. Umur nak panjang.

Kalau boleh nak ada superpower. Kalau boleh nak tengok wayang tanpa bayaran. Kalau boleh ada beli helikopter sendiri. Kalau boleh nak mintak nombor Juliana Evans.
















Sorry aku dah lupa apa point sebenar aku tadi.

 

Bukan Aku Sengaja Berubah


Bismillah


Aku dalam kewarasan nyata bahawa aku perlu menjalankan tanggungjawab kepada blog ni.
Cuma masalahnya aku tak ada masa nak mencari idea di kala-kala final macamni.
Hidup aku sebulan ni cuma ada buku dan Twitter.
Eh? 
Kenapa Twitter tersangkut jugak?

Kesimpulannya, aku tak ada idea nak tulis blog.
Maka, kau expect apa?
Entri tentang formula akaun?
Terlalu neraka itu..
Rela aku kahwin dengan El dari buat entri neraka seperti itu.

Buat masa ni, aku bukanlah seorang insan cool seperti cik ungu yang selalu.
Sebab bulan ni aku dah berubah menjadi terlalu skema untuk seorang manusia.

Jangan tanya aku apa-apa.
Kerana saat-saat macamni, aku sangat garang.
Lebih-lebih lagi kepada orang yang dah habis exam..

*pandang El dengan renungan bengis...


Jangan berani nak tanya 'makan apa tadi?'
Aku akan jawab ' Cash conversion cycle.'

Jangan cuba-cuba nak tau 'dah basuh baju belum?'
Aku akan jawab 'Bonds and redeemable common stocks.'

Dan andai semua tu terjadi,
tolong jangan buat muka macam ada bencana alam.

Dan kalau ada yang nak mengorat aku dalam masa sebulan ni,
dan nak mintak nombor telefon,
atau suruh aku save nombor telefon dia,
sila jangan buat muka ungka kalau aku keluarkan kalkulator.


Aku tak nampak beza handphone dan kalkulator sekarang.


Heyyyy..
Tapi ini bukan alasan untuk kau tak mengorat aku ok!
Hmm..
Shetonn pulak statement ni.


p/s :
Wish me luck!~

Tuesday, January 10, 2012

Orang nak kahwin memang cam tu eh?

Aku ada sorang kawan. Sekarang dah bertunang pun. Dia sibuk nak urus tarikh kahwin, sebab dia eksited tahap cipan nak kahwin. Siap suruh aku tentukan tarikh kahwin dia. Eh apahal aku pulak?

Boleh kata setiap masa dia update pasal ciri-ciri macam mana dia nak masa dia kahwin nanti. Aku terfikir, dia ni eksited apa sebenarnya? Tetiba mulut member aku yang agak celaka bersuara, eh kau ni tak sabar nak kahwin asal? Tak sabar nak romen?

Aku terkedu. Mak ai pompuan ni. Yang member nak kahwin tu tersipu-sipu. Alahai...

p/s : Agaknya nanti aku macam tuh ke? HAHAHAHA!

Hai tak tahulah mak!

Monday, January 9, 2012

Imaginasi yang brutal

Mungkin disebabkan pengaruh videogame yang terlampau aku selalu imagine yang one day dunia ni ditakluk sekumpulan makhluk asing yang berniat mutlak nak menjadikan bumi ni tempat tinggal kekal diorang and buat bumi ni macam abah diorang punya. Mungkin diorang akan bekerjasama dengan government US, and US akan jadi talibarut diorang. Akhirnya manusia dijadikan orang gaji, tukang lap lantai dan pekerja tak berbayar. Tiada lagi engineer, lawyer serta CEO, mahupun usahawan MLM. Semua manusia jadi hamba abdi.



Adapun imaginasi aku berkata, sejenis nyamuk hasil dari experiment Shieldtox atau Ridsect yang gagal terlepas dari makmal kajian and menggigit umat manusia dengan rakus dan tanpa belas kasihan lalu menjadikan manusia itu zombie yang ganas dan tak berperikemanusiaan. Ramau orang dipindah ke negara lain termasuk Zimbabwe, Uganda dan jugak Mauritius. Tapi disebabkan kapalterbang tak banyak, Air Asia pun dah habis booking, kapal Cruise mahal tahap gaban dan penggunaan bot nelayan serta ferri ke negara lain tidak dibenarkan oleh TLDM, 1/10 dari rakyat malaysia terperangkap di Malaysia bersama-sama dengan 3 juta makhluk zombie yang dahagakan daging manusia, bukan dahagakan kasih sayang. Aku pula sama-sama terperangkap kerana lewat bangun tido then sedar-sedar semua orang dah pindah Zimbabwe. Survivor yang lain adalah Aqiim, Niki Razali dan Peah. Mulan Jameelah ada private jet, apa de hal.



Mampukah kami bertahan dalam apocalypse ini? Apakah zombie itu ada tarikh luputnya? Dan adakah senjata seperti mortar, Ak47 dan M16 diberikan kerajaan secara subsidi  bagi menentang kaum zombie dengan penuh bergaya seperti dalam game Left 4 Dead? Adakah JPJ akan saman kami jika kami memecut laju kereta untuk elak dikejar zombie?


Nate gappo?






Pasal dinosour hidup semula tu nanti aku cerita lain kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...