Monday, January 21, 2013

Indahnya Jika Dapat Dikongsi Bersama Orang Tersayang





     Selesai solat jumaat,Salimin pulang kerumah.Kegelisahan terzahir pada airmukanya.Dicapainya remote tv yang berada didepannya.Butang On dipicit,tapi tiada satu pun rancangan tv yang memikat hatinya.Dari satu channel kesatu channel dia beralih. “Aduhh,takde citer pulak….”.Kata Salimin dengan nada kesal.Butang Off pula ditekan sebagai tanda penyelesaian.



Dia buntu.Tidak tahu apa hendak dibuat.Pelbagai aktiviti dia dah lakukan.Semua tak menepati citarasanya.Menjahit,memburu cicak,jilat dinding,buat lawak depan cermin semua telah dia lakukan.Cuma makan saja belum.









Sebenarnya dia lapar.Tapi yang menjadi masalahnya,duit.Salimin mengeluarkan dompet berjenama Hello Kitty miliknya.Diselaknya dari ruang wang kertas hingga ke kawasan syiling dalam dompetnya,ada Rm2.Itupun duit syiling. “Keluar kejap lah ambik duit kat bank…”.Hati Salimin membuat kata putus.








Tanpa berfikir berhari-hari,akhirnya Salimin menyarung helmet  milik adik perempuannya dan keluar menuju luar rumahnya. “Cantik jugak helmet fifi ni…”.Salimin tiba-tiba memuji.Enjin motor dihidupkan.Wajahnya bersemangat.Motornya dipecut laju kerana dia sudah terlalu lapar.Perjalanan yang biasanya mengambil masa 15 minit,dia singkatkan menjadi  14 minit 59 saat.Muka bangga.




“Huh,laju betol aku bawak…”.Kata Salimin sambil menangkap gambar  bank dari jarak 50 meter dari tempat dia berdiri dengan menggunakan telefon bimbit beliau yang canggih.



Dia terus mengupload gambar yang baru disnap tadi dengan menggunakan akaun Facebook milik rakannya,Ramlan Darus. “Bangang punyer Ramlan ni tak logout fesbuk dia….”.Salimin tersalah upload. “ah!keluar duit dululah…”.Kata beliau sambil berjalan menuju kepintu masuk.




 Pintu kaca ditolak perlahan.Tanpa menanggalkan helmet,dia menghampiri mesin Atm yang  teletak tidak jauh dari sisi kanannya.Kad bank ditarik keluar dari dompetnya.Tanpa melihat baki simpanan,dia terus menekan angka 700.00 dengan penuh keyakinan,keadilan dan kejujuran.Salimin menunggu duitnya keluar dari mesin tersebut selama lima minit.Namun,pada minit keenam,bukan wang kertas yang keluar tetapi,air tin Pepsi.Salimin pelik.Aku pun sama.




“Dah bangang apa mesin ni keluar air tin pulak?”.Marah Salimin dalam hati setelah mencarut dalam bahasa urdu.Salimin tak tentu arah.Dia membuka helmetnya.Perutnya dah meraung kelaparan tapi mesin Atm itu pula bergurau senda dengannya.Peluh membasahi bajunya.Air liurnya meleleh-leleh jatuh kebumi.Dek kerana terlalu marah,Salimin menghantukkan kepalanya berkali-kali pada mesin Atm tersebut.





Untuk menamatkan cerita ini perlu ada kebetulan.Kebetulan,seorang polis yang lalu dikawasan itu datang menghampiri Salimin.Setelah memerhati gerak-geri Salimin yang mencurigakan,polis tersebut menangkap Salimin.








Salimin akhirnya dimasukkan kedalam penjara atas tuduhan merogol mesin Atm.






                                                     

                                                           -the end-


Friday, January 11, 2013

Kisah di Abdol dan kucing dan anak-anaknya dan anak-anak Sidek

Pada suatu petang, Amran Suhaimi bersiar-siar sekitar kampungnya. Sedang elok beliau berjalan-jalan, beliau terlihat seorang budak lelaki nampak gelisah sambil menghalang seekor kucing betina yang mara kearahnya. Marilah sama-sama kita buang fikiran kotor kita dengan menganggap kucing betina itu tak ada taste lain macam.


Amran Suhaimi bertanya: Adik buat apa halau kucing ni? Dah buang tebiat ke adik?

Budak : Kucing ni jahat. Dia dera anak dia. (sambil menunjuk kearah anak anak kucing dibelakangnya)

Amran Suhaimi: Dia buat apa kat anak dia?

Budak : Dia nak makan anak dia. Jahat betul dia ni.

Amran Suhaimi : Mana adik tahu dia nak makan anak dia?

(Ok, sekarang ni apa kata namakan je budak kecik ni Abdol. Yang Amran ni bagi nama Amran je sudahlah. Malas pulak aku nak menaip panjang-panjang)

 Abdol : Tadi saya nampak dia gigit anak dia. Sakit anak dia sampai menangis-nangis sampai sekarang.

Amran: Adik, kau tahu tak kucing kalau nak bawa atau nak angkat anak dia memang macam tu?

Abdol : Ish mana ada. Kalau betul dia nak bawa anak dia pergi tempat lain kenapa tak bawak je macam biasa? Mak Abdol pegang baby adik Abdol tak pun pergi gigit dia?

Amran: Adik, adik. Kalau bukan sebab kau ada akak comel tingkatan empat tu dah lama aku campak kau masuk kolam kasi ikan jerung makan kau tau? Ok lah, kalau adik taknak bagi anak dia kat ibu dia, adik nak bawa kemana anak kucing ni?

Abdol: Bagi kat kawan Abdol.

Amran: Bagi kawan suruh jaga?

Abdol: Tak. Kawan abdol tu dia keturunan Kemungkit Parangskeper, kaum asli yang betul-betul asli punya. Yang kat rumah takde astro. Baru je tiga bulan keluar dari hutan. Katanya dia kempunan nak makan anak kucing panggang. Tu yang adik nak bagi dia.


Tanpa berbual lebih panjang, Amran mencampak Abdol kedalam kolam berdekatan. Dan untuk elakkan post ni untuk jadi terlalu brutal dan tak sesuai untuk tontonan umum, mari assume kolam tu cetek sedalam lima puluh sentimeter dan airnya tidak mengandungi sebarang unsur kimia berbahaya.


Dan cerita ini menggambarkan keadaan politik dinegara kita.


Saturday, January 5, 2013

Empat sahabat tengok bola

Rosman, Hasbuddin, Khairulnizam dan Tarmizi adalah kawan baik. Mereka ketiga tiganya kongsi minat yang sama, iaitu minat bola sepak. Rosman adalah peminat Liverpool, Hasbuddin adalah peminat Man Utd, Khairulnizam adalah peminat Arsenal dan kadang-kadang minat Man City. Manakala Tarmizi adalah peminat Chelsea.

Hasbuddin : Weh malam ni kita nak tengok bola kat mana?
Khairulnizam : Kat mamak mesti tak buka match Arsenal, sebab Kelantan FA lawan Darul Takzim malam ni.
Tarmizi : Ha'ah, mesti match chelsea pun tak buka malam ni. Sebab malam ni ada Vokal Bukan sekadar rupa.

Rosman : Rilek rilek. Korang semua tengok je bola kat rumah aku. Semua boleh tengok.
Hasbuddin : Weh serious ke? Bila masa kau ada Astro?
Khairulnizam : Ini HD ke tak?
Rosman : Lagi power, 3D.
Tarmizi : Peh power kau ni Rosman. Sama power dengan team feveret kau.
Rosman : Mestilah. Dah jom pergi rumah aku. Jap lagi dah lewat pulak.

Sampai dirumah Rosman, ketiga-tiga sekawan tadi duduk di ruang tamu sambil tercengang.

Hasbuddin : Mana TV kau rosman? Kata nak ajak tengok bola?
Tarmizi: Entahnya, Astro beyond mana?
Khairulnizam : Sedap pulak biskut kering kau ni man. (melahap biskut atas meja rosman)
Rosman: Rilek-rilek. Tenang. Tunggu jap. Nanti aku bawa keluar.

Rosman datang bawa satu raga penuh dengan bola futsal.

Rosman : Nah aku letak semua bola ni atas meja. Korang tengok lah bola ni sampai puas. Kah kah kah kah!






Rosman masuk hospital dua minggu akibat tercekik kasut.


 

Wednesday, December 19, 2012

Kpop Punca Kes Penceraian Meningkat?







A
tan adalah nama seorang legenda.Dia seorang yang sangat berani.Kadang-kadang, Atan akan masuk ke dalam hutan sebab dia boring duduk dirumah.Dia tidak perlukan sesiapa untuk menemaninya masuk ke dalam hutan kerana dia berketurunan pahlawan.












Dia juga kacak dan sasa.








Aku ulang,dia kacak dan sasa.








Dulu,dia pernah bertarung dengan gajah liar.Tanpa menggunakan senjata atau bahan pengawet,Atan mampu menewaskan gajah tersebut dengan mudah.Gajah tu bukan sekor.Bukan jugak dua ekor.Tapi lima ekor.Apa yang menariknya,gajah-gajah tersebut mempunyai cengkerang dibelakang badannya.Gajah-gajah itu jugak tidak memiliki belalai.Tapi,hanya memiliki hidung.Hebat bukan?





“Bagaimana Atan menewaskan gajah-gajah tersebut?”







 Ayat ini pasti bermain dikotak pemikiran si pembaca bukan?.Ayat diatas ini jugak digunakan untuk menguji para pembaca samaada,pembaca masih mempunyai otak atau tidak.




Masih ada otak?



Sila konfemkan sekarang!









Cerita ini tak menarik jika pembaca membacanya tanpa otak.












Jadi,cerita ini akan aku sambung diruang komen.




Sunday, December 2, 2012

Lapan tips menulis resume dengan baik

Resume. Sesuatu nama yang tidak asing lagi dalam bidang pencarian kerja. Ramai yang hanya tahu menyebut tapi tak tahu erti sebenar benar resume itu. Ada yang hanya mampu menulis tapi tidak menyelami jiwa dan perasaan resume itu. Haa nampak tak sebegitu seriusnya resume ni. Lebih serious dari Dr Rozmey tau.

So,

Aku bakal pergi LI(latihan industi) semester depan, so aku perlu bersiap sedia dengan resume untuk melakukan aktiviti pencarian tempat praktikal. Lecturer aku ada bagi beberapa tips bagaimana cara untuk menulis resume dengan cara yang betul, effective dan supaya resume korang tak end up masuk dalam paper shredder atau buat alas tempat kucing beranak.

So kat sini, aku cuba untuk elaborate lagi tips-tips dia supaya nampak lebih dramatik dan jelas pada pemahaman korang semua. Baca dulu, thank me later.



1) Yang pertama sekali, pastikan resume ditulis diatas kertas A4. Dilarang keras jika resume tu ditulis diatas kertas kajang, kertas majong, kertas pasir mahupun mana-mana permukaan keras seperti diatas meja dan papan lapis.

2) Pastikan resume itu bertaip guna komputer. Taip guna mesin taip dibenarkan jika font digunakan sesuai. Walaubagaimanapun, mesin lain seperti mesin basuh, mesin jahit, atau mesin padi tidak boleh digunakan.

3) Tulis nama penuh. Nama facebook, nama twitter atau nama manja tak perlu. Tulis butir butir diri yang diperlukan sahaja. Siapa pelakon feveret anda atau drama sinetron apa yang anda minat jangan tulis. Takut kena lempang nanti naya je.

4) Nyatakan pengalaman bekerja yang official sahaja. Pengalaman kerja kebun, tolong ayah potong rumput, atau jual mercun kat sekolah tak dikira.

5) Pastikan resume ditulis dengan ringkas dan kemas. Tak perlu buat panjang-panjang macam karangan SPM. Kalau boleh maksimum tiga helai saja. Kalau nak lagi panjang pergi buat buku autobiografi.



Aku suruh kau tulis resume, yang kau pergi tulis cerpen ni kenapa ha?? 




6) Gunakan bahasa English atau Bahasa Melayu seperti yang dicadangkan company. Jangan gunakan bahasa Urdhu, bahasa Nepal, bahasa kambing mahupun bahasa isyarat.

7) Jika resume ditulis dalam bahasa melayu, gunakan kata ganti diri Saya-Tuan. Jangan gunakan Aku-Kau, Cheq-Hang, Gua-Lu, Kawe-Mung, atau 'Kiteww-Awak'.

8) Pastikan resume dihantar menggunakan sistem yang betul seperti Pos Malaysia atau email. Dilarang sama sekali anda menghantar resume guna isyarat asap, kirim dengan pak cik jual ikan, letak resume dalam botol dan campak ke laut atau pun upload ke dalam Instagram.



Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...