Saturday, September 14, 2013

Perkembangan terbaru para author

Sekarang ni para author banyak komitmen lain. Tu pasal tak ada sangat orang nak update. Tak apa. Meh aku update sikit.

Encik atan sekarang ni dalam bilik pembedahan. Kesian dia. Kemaruk sangat nak handsome macam aaron aziz sampai buat plastik surgeri. Dengar cerita dulu dia dah try semua jenis produk kecantikan. Haram tak bagi kesan katanya.

Cik ungu sekarang tengah picit-picit kepala dia. Sebab pening sangat nak buat family planning. Baru kahwin ye dak. Mana nak pikir bila dapat anak la, mana nak pikir nak masak lauk apa la kat laki lunch time dengan dinner time. Mana nak pilih tie untuk laki la. Walaupun cik ungu suka kaler ungu, percayalah dia takkan pilih kaler ungu hari-hari untuk laki dia. Oh, yang paling merunsingkan sekali, mana la dia letak sebelah lagi stoking laki dia.

Peah pula sekarang dah jadi dak-dak siswa. Mana pikir nak buang masa dah, Yang dia pikir nak jaga pointer. Heh. Kau tunggu la dah 2 3 tahun belajar nanti. Tak adanya kau hirau pasal pointer dah. Mengikut firasat aku, peah sekarang ni tengah calling-calling abu. Melepas rindu dandam. Dan untuk pengetahuan semua, abu tu boipreng peah. Dah, lupakan hasrat kau nak ngorat baby dinosour tu.

Aqim pula sekarang dah jadi pelukis. Kau tunggulah dia buka exhibition 2 3 tahun lagi. Kalau tak ada juga 2 3 tahun lagi tu maknanya kau kena tunggu lebih lama. Dan juga dengar cerita dia luahkan cinta kat yuna. Hasilnya? Tak payah tanya.

Sudin dengan Juno aku tak tahu apa cerita. Mungkin dah jadi orang kaya. Mungkin dah dapat kawin artis.

El tengah mengalami masalah keguguran rambut yang sangat kritikal. Sampaikan bila orang tegur apasal dia makin botak sekarang, dia jawab " aku menuntut kat shoulin sekarang. belajar kung fu. Kau apa tau?" Ya kawan-kawan. Tu bahasa sarkastik je. Jangan lah percaya sangat dia nak belajar kung fu. Badan kering macam tu, angin pun tak sampai hati nak tiup kencang-kencang.

Dan akhir sekali aku punya perkembangan macam biasalah. Makin comel dan cerah berseri dengan bantuan pencuci muka olay total white. Juga makin langsing, sexy dan menarik ibarat angelina jolie. Dan alhamdullilah, rezeki juga bertambah dengan paycheck 5 angka tiap-tiap bulan. Bulan depan aku juga bakal dirisik ank raja. Tiada apa yang lebih baik dari ini.

Oh, aku juga nak bagitahu, skill menipu aku makin power la sejak akhir-akhir ni.  

Sunday, September 1, 2013

Setapak ke arah kedewasaan (tajuk buat gempak)

Salam. Saya sebagai one of the author di blog cikai ini sukacitanya memaklumkan, bahawa majlis perkahwinan one of our friend sudah selamat berjalan dengan lancar. Dia seorang kawan, kenalan, kakak, dan power bab adjust-adjust berkaitan cari kerja (praktikal) or cari..ehem-ehem.

Untuk Farah aka Cik Ungu, selamat menempuh alam baru. Suami balik dari kerja nanti boleh tolong tanggalkan stokin. Baru romantis gitu. Haha






Lelaki tu bukan pengantin lelaki ye, Harap maklum.

   
P/S: thanks pada behalf diorang for the great wedding (makan sedap). And sorry. Hadiah tak dapat bawa sebab tak sempat balut. Muehehe



    


Saturday, August 24, 2013

Saya dah balik dari bertapa di gunung Himalaya. Dan saya sihat.

Yo!

Aku tengah down sekarang ni.

Bila aku down aku suka menyemak kat sini.

Sebab blog ni pun sama down dengan aku.

Nampak tak permainan porno dia kat situ?

Oh, Aku cakap porno sebab guna perkataan kotor sangat lame.

Macam

"Natang Sudin Mat Lempeng. Suka hati je dia main kotor," rungut Abu Kaki Kencing

Nampak? Nampak lame dia kat situ? Tengok nama pun dah tau lame.

Aku bukan nak cerita pasal porno. Atau Sudin Mat Lempeng. Atau Abu Kaki Kencing.

Aku cuma nak bagitau aku down.

Jom down bersama aku.



Saturday, April 27, 2013

Hasan Nawawi dan surat cinta

Hasan Nawawi terlihat seorang gadis dari jauh. Gadis yang selalu diangan-angankan jadi awek beliau. Dulu awek comel dan kecil molek tu single, namun akibat lambat membuka langkah, hati gadis tu dah dipunyai seorang lelaki. Yang tinggal cuma limpa, paru-paru, hempedal, buah pinggang dan organ-organ lain yang tak ada kena mengena dengan cerita ini. Mereka berdua nampak mesra bergurau senda. Hasan Nawawi terasa pilu. Sayu. Jika hidupnya adalah filem muzikal, akan beliau nyanyikan lagu Siti Nurhaliza,

"Sayuuu.......hati ini...makin sayuuu....Rinduuu.....terkenangkan desa permai.."

Namun itu adalah lagu raya. Beliau capai gitar untuk menyanyikan sebuah lagu yang lain untuk memujuk hati yang patah. Selepas memetik dua tiga tali gitar, baru Hasan Nawawi teringat bahawa beliau tak pandai main gitar. Beliau letak semula gitar dengan hampa. Entah gitar siapa beliau pun tak tahu.

Hasan Nawawi tak berputus asa. Jiwanya terasa membuak-buak, tidak tenteram. Beliau capai sehelai kertas, beliau tulis puisi cinta berdasarkan apa yang dirasakan dalam hatinya.

"Kau bagaikan bintang berkelipan, 
Masak ranum di kayangan,
Wajahmu bagaikan buah mempelam,
Bercahaya di waktu malam"

Lebih kurang macam tu lah intro puisi beliau. Hasan Nawawi melipat kertas itu menjadi bentuk kapal terbang. Beliau terbangkan keluar dari tingkap dengan harapan gadis comel itu akan terjumpa dan membaca luahan hatinya. Entah kemana kapal terbang tu pergi tak ada siapa pun tahu.

Esok pagi Hasan Nawawi didenda oleh pejabat pengurusan kolej kerana membuang sampah merata-rata.



   

Harga Sebuah Ketenangan







Firdaus Mustaqim merenung pantai.Alunan ombak memecah kesunyian petang itu.Burung-burung berarak seperti awan.Debu-debu pasir berterbangan ditiup entah kemana.Firdaus Mustaqim bersandar pada sebuah pohon.Kerutan didahinya menunjukan dirinya sedang dirundung masalah.






“Aku benci semua orang!”.Firdaus Mustaqim tiba-tiba bersuara.


Firdaus Mustaqim memandang semut-semut yang berkeliaran berhampiran dengan kakinya.

“Nasib baik ada kau semut,kau nak kawan dengan aku tak?”.


Mendengar suaranya semut-semut berpusu-pusu masuk kedalam laut.Bunuh diri.

“Ha!baguslah bunuh diri,masuk neraka tau..”.Firdaus Mustaqim memarahi semut tersebut.


Firdaus Mustaqim benar-benar kecewa.Bukan saja manusia,malah semut pun tidak mahu berkawan dengannya hanya kerana jerawat memenuhi mukanya.Ada yang menggelarnya ‘Mus Pontianak Moden’, ‘Mus Pengundang Jin Masuk Kerumah’dan‘Daus Perosak Bangsa’.



Semua panggilan-panggilan itu menghantui dirinya.Daus berdiri dipesisir pantai dan berteriak.


“Arghhh!!!!!”.





Selang dua saat Firdaus Mustaqim menjerit,muncul seorang lelaki tua berjubah putih disebelahnya.




 “Anak ni ada masalah ya?”.Suara serak menusuk ke telinga Firdaus Mustaqim.Firdaus Mustaqim tersentak.Wajahnya berpaling pada lelaki tua itu.



Pakcik tua pun tersentak juga melihat wajah Firdaus Mustaqim.Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.


“Pakcik,saya bukan hantu”.Firdaus Mustaqim bersuara setelah melihat gelagat pakcik tua.
Lelaki tua itu berkata dengan wajah yang pucat. “Pakcik tahu anak ni bukan hantu,jangan buatkan pakcik ni seolah-olah bodoh ye nak?”.



Firdaus Mustaqim tercengang.


“Mungkin U boleh tipu kawan-kawan U,tapi bukan I okey?”.Pakcik tua itu tiba-tiba bersuara lembut.



Firdaus Mustaqim masih lagi tercengang.


Lelaki tua itu duduk bersila tidak semena-mena.Dihadapannya ada sebuah mangkuk yang sedang berasap.Limau diperah.


“Jangan kau ganggu anak cucu adam!berambus kau syaitan!”.Lelaki tua tadi bersuara lantang.


“Durjana kau pakcik!sanggup engkau menggelarku syaitan..aku manusia lar pakcik.”.Firdaus Mustaqim mula marah.


“Bukan eh?tengok muka macam ye jer..hihihi”.Lelaki tua itu membalas sambil diselangi ketawa manja yang tak kelakar.


Firdaus merenung tajam.


“Alah,pakcik bergurau jer…”.Kata lelaki tua itu sambil membuat gerak tari ‘gwiyomi’.


“Sudah lar pakcik…aku malas nak layan kau pakcik…”.Marah Firdaus Mustaqim.



Firdaus Mustaqim berlari gerak perlahan ditepi pantai sambil menitiskan airmata.Kali ini dia benar-benar terasa.

Kerana merasa diri bersalah,lelaki tua itu turut berlari sama.Dia mengejar Firdaus Mustaqim.


“Anak larilah!nanti pakcik tangkap!”.


Setelah mendengar dialog manja tersebut,Firdaus Mustaqim yang sedang berlari menoleh kebelakang.Kerana takut ditangkap,dia berlari sepantas mungkin.Namun,larian lelaki tua itu begitu pantas dan dia berjaya menangkap Firdaus Mustaqim.



“Jom kita main kejar-kejar nak?”.Ajak lelaki tua berjubah putih itu setelah memijak kepala Firdaus Mustaqim berkali-kali.



 Firdaus Mustaqim tidak menolak.Dan mereka bermain dengan riang ditepi pantai itu selama sebulan.Akhirnya Firdaus Mustaqim dan lelaki tua itu menjadi gila.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...