Anda ingin kurus? inginkan bentuk badan yang anjal? Jangan risau. Kami ada jalan penyelesaiannya. Saya, Dr. Rozmemey Ah, akan bersama-sama anda untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk menguruskan badan tanpa menggunakan walau sesen pun.
Cara yang pertama, dapatkan sebuah kereta mainan. Tidak perlu beli, cuma dapatkan sahaja. Dari mana untuk mendapatkannya, itu tidak penting. Apa yang penting, cuma dapatkan sahaja. Baiklah, jika anda sudah mempunyai kereta mainan di tangan masing-masing, sekarang kita ke langkah seterusnya. Letakkan kereta itu di lantai. Kemudian, tolak dan lepaskan kereta itu ke depan dengan sekuat hati. Dan sebaik sahaja kereta itu berjalan ke hadapan, kejar kereta itu. Ulang langkah ini berkali-kali. Tolak, kejar, tolak, kejar, tolak, dan kejar sehinggalah anda berasa letih. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, sila ulang langkah tersebut melebihi dari 2000 kali. Bagaimana ini dapat membantu? Sekiranya proses ini dapat dilakukan berulang kali, peluh akan keluar dan lemak anda akan terbakar sedikit demi sedikit. Mudah, bukan?
Cara yang kedua, bergaduh dengan rakan-rakan. Pergi cari seorang rakan, lempang dia dan maki dia berkali-kali. Gunakan apa yang ada pada fizikalnya sebagai bahan untuk diejek. Seperti contoh, jika dia adalah seorang yang kurus kering dan berbau busuk, maka ejeklah dia, "kahkah kurus nampak tulang, tendang kena palang, bau macam bangkai, perangai macam sakai!". Dengan itu, beliau secara automatiknya akan membalas ejekan anda dengan cara yang sama. Tubuh badan anda yang besar sudah tentu akan memudahkan kerja dia. "cilakak punya gemuk, gemuk gedempol, tendang masuk gol, perut buncit ke depan, mengandung berapa bulan? kahkahkah!". Sudah menjadi kebiasaan, orang yang kurus apabila diejek, tiada apa efek pada dirinya. Berbeza pula dengan orang yang berbadan besar. Mereka ini apabila diungkit tentang fizikal mereka, mereka akan mudah berasa down. Rendah diri. Maka bila diejek berkali-kali, anda akan berasa sangat down dan seterusnya akan berusaha untuk menguruskan badan secepat mungkin walau dengan apa cara sekalipun.
Baiklah. Buat masa ini, cukuplah sekadar dua itu sahaja yang Doktor boleh kongsikan ya. Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh lah hubungi Doktor di talian 1800-900-1000. Atau boleh hubungi pejabat kami di talian, 1200-300-400. Sehingga kita bertemu lagi. Selamat menguruskan badan.
Sunday, February 5, 2012
Saturday, February 4, 2012
Tompok si kucing gangster
Tompok ialah seekor kucing yang hidup gelandangan tanpa tuan. Boleh dikatakan kucing freelance atau 'kerja sendiri'. Beliau tidak terikat pada mana-mana kontrak. Beliau akan pergi kerumah atau kedai-kedai makan untuk menyara hidup. Kedai favouritenya adalah kedai Pak Haron. Malangnya hari ini hari ahad. Kedai seafood Pak Haron tutup pada setiap hari Ahad. "Jadah apa tutup hari ahad, Pak Haron ni bukak kedai makan ke pejabat pos?" Keluh Tompok sambil lepak ditepi longkang tepi jalan. Dia menjilat-jilat bulu kakinya. " Tak dapat kaki ayam, jilat kaki sendiri pun jadi lah"
Tidak lama kemudian, seorang kanak-kanak perempuan berbasikal roda tiga lalu melintasi Tompok. Dia menjeling kearah Tompok sambil basikalnya masih meluncur meninggalkan Tompok. Dia brake basikalnya dengan menyeret kakinya ketanah. Diundurkan basikalnya sambil membuat bunyi beep beep beep seperti bunyi kereta Myvi bila reverse. Dia datang pada Tompok. Disapu-sapunya kepala Tompok. Tompok mengiau. "Kamu sunyi ye?" ujar budak perempuan itu sambil tersenyum, tanpa mengetahui bahawa Tompok sebenarnya berkata, "Kuangajak, mak kau tak ajar ke jangan main kepala orang?"
Dipendekkan cerita, nama budak perempuan ini Siti. Tompok dibawa balik dan diletakkan didalam bakul basikal roda tiga itu. Menggeletar juga Tompok bila basikal itu bergerak. Nak lompat keluar takut digilis tayar. Mengingatkan bagimana Si Belang koma lima tahun selepas digilis tayar bajak korek, beliau tahan ketakutan itu sebab baginya tayar basikal itu lebih menakutkan dari tayar bajak. Sampai dirumah, Siti mengangkat Tompok dan dikepitkan ke ketiak seolah-olah membawa handbag. Rumahnya besar. Lampu besar berkilau-kilau. Tv 45inci. Pakai Astro Beyond. Ada Sport Channel pula tu. Tapi entah kenapa dalam banyak-banyak channel, cerita Dora The Explorer juga yang dibuka. Tompok diletakkan diatas sofa. Siti suruh tunggu sekejap sementara dia mengambil makanan. Tompok tak duduk diam. Dia melompat kearah sofa berdekatan dengan Akuarium. Semua ikan terkejut beruk, hampir berubah kepada spesis beruk kerana terkejut.
Tompok sengih.
Ikan tergamam.
Tompok sengih lagi.
Ikan masih tergamam.
Tompok ketawa besar.
Ikan pengsan.
To be continued....
![]() |
| Dah takde idea ea? |
Friday, February 3, 2012
Petikan dari entry Dr Mahathir- Takut
Aku nak share sikit about quotes dari entry blog Dr Mahathir, Che Det with the title Takut. Sila baca dengan background lagu Yuna yang tak menang apa-apa award kat AJL, Penakut.
Tentang cerita hantu
Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.
Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.
Tentang Histeria di hostel perempuan:
Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.
Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.
Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.
Just brilliant. Click sini untuk full entry Takut. Rajin-rajinlah baca blog Dr Mahathir, sebab dia berfikiran luas and logic and berasaskan fakta and pengalaman. Korang pun boleh kembangkan sikit pemikiran tu. Itu pun kalau korang nak kembangkan fikiran lah. Kalau nak kembangkan follower, pergi masuk baca blog Abang Muscle je la.
Tentang cerita hantu
Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.
Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.
Tentang Histeria di hostel perempuan:
Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.
Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.
Last words:
| "Nokharam. Mamat ni mengumpat aku lagi" |
Perihal lawak
Lawak ini satu cara untuk membuat orang terhibur and ketawa. Lawak ini satu seni. Lawak melibatkan kreativiti dan ketajaman otak. Even lawak bodoh sekalipun memerlukan unsur kebijaksanaan dalam ideanya. Lawak bodoh perlu berotak supaya tak dipanggil bangang. Lawak bodoh yang sepenuhnya bodoh dan tiada unsur lain selain kebodohan itu takkan menjadi lawak kerana takkan buat orang ketawa melainkan diketawakan. Dan orang takkan ketawa melainkan ketawakan pelawak itu sendiri. And lawak sepenuhnya bodoh ni banyak ada dalam movie dan cerita-cerita komedi murahan kat Malaysia.
Lawak pandai pula menggunakan 70-90% kepandaian dan pemikiran yang sihat dan minda yang cerdas. Lawak yang masih berasaskan fakta, logic akal, dan masih berpaksi pada hukum alam. Jika lawak bodoh menceritakan si toyol hijau keluar dari botol kicap dan menyergah anak Mak Tijah, lawak pandai menceritakan bagaimana anak Mak Tijah fail exam selepas kantoi membawa toyol dalam exam hall. Berbeza bukan?
Lawak ini satu seni. Ia memerlukan bakat atau sense of humour. Bakat ini pula ada dua. Bakat sejak lahir atau bakat yang terbina. Bakat dari lahir kemungkinan lahir je muka korang dah nampak muka kelakar. So apa yang kamu cakap akan kedengaran kelakar. Walaupun kamu cuma menyebut 'pasu bunga', 'tali rapia' atau pun 'osmosis' orang akan gelak terguling-guling. Lawak terbina datang dari surrounding, family, pengalaman, pengaruh rakan sebaya, dansikap ingin mencuba pengaruh dari media.
Macam aku kata, lawak itu seni. Bukan pekerjaan. So, apa kejadahnya bila aku buka cerita 'komedi' melayu, tak habis-habis lawak yang sama je dia duk ulang-ulang dalam skrip. Pelakon yang takde sense of humour tapi dipanggil pelakon komedi, termasuk kumpulan Senario yang tak tahu apa itu makna lawak, sebaiknya diorang berhenti buat lawak and kerja jual air tebu je lebih baik.
| Contoh jenis sampah yang paling banyak kat Malaysia selain lampin pakai buang. |
Lawak pandai pula menggunakan 70-90% kepandaian dan pemikiran yang sihat dan minda yang cerdas. Lawak yang masih berasaskan fakta, logic akal, dan masih berpaksi pada hukum alam. Jika lawak bodoh menceritakan si toyol hijau keluar dari botol kicap dan menyergah anak Mak Tijah, lawak pandai menceritakan bagaimana anak Mak Tijah fail exam selepas kantoi membawa toyol dalam exam hall. Berbeza bukan?
| Charlie Chaplin: Pelawak slapstick yang nampak bodoh tapi genius. |
Lawak ini satu seni. Ia memerlukan bakat atau sense of humour. Bakat ini pula ada dua. Bakat sejak lahir atau bakat yang terbina. Bakat dari lahir kemungkinan lahir je muka korang dah nampak muka kelakar. So apa yang kamu cakap akan kedengaran kelakar. Walaupun kamu cuma menyebut 'pasu bunga', 'tali rapia' atau pun 'osmosis' orang akan gelak terguling-guling. Lawak terbina datang dari surrounding, family, pengalaman, pengaruh rakan sebaya, dan
Macam aku kata, lawak itu seni. Bukan pekerjaan. So, apa kejadahnya bila aku buka cerita 'komedi' melayu, tak habis-habis lawak yang sama je dia duk ulang-ulang dalam skrip. Pelakon yang takde sense of humour tapi dipanggil pelakon komedi, termasuk kumpulan Senario yang tak tahu apa itu makna lawak, sebaiknya diorang berhenti buat lawak and kerja jual air tebu je lebih baik.
| Cuba tengok muka Azlee tu. Kau rasa lawak tak? Tiang lampu pun lagi lawak aku rasa. |
Wednesday, February 1, 2012
Cantik sebab mekap? Alaaahh
Anda cantik sebab mekap? Ohh itu cantik palsu namanya, tak payah berbangga. Setakat muka ada empat lima inci bedak, sila back off dari entry ini. Ewahh garang pulak aku. Memang la orang kata power of make up tu memang menakjubkan, tapi perlu ke mekap tebal-tebal lepas tu bila bukak jek mekap, dah macam hantu kehilangan banyak darah *tinggi betul imaginasi
Aku pernah nampak sorang pompuan nih, memang cun, anak orang kaya pulak. Memang lengkap lah beliau. Satu hari tu, aku terserempak dengan dia tanpa mekap. Tersentak diriku iniewww. Mata lebam, muka pucat, bukan sebab kena tumbuk woih, sebab dah biasakan diri dengan mekap. Ce kalau lu tengok artis-artis Malaysia yang mekap tebal sangat tuh, bukan lawoooo pon. Adalah segelintir yang betul-betul lawa tanpa mekap. Tapi sikit sangat.
Siapa nak jadi artis? Tak payah, bukan betul sangat artis tu.
Tapi kau jangan cakap pulak, alaaaa Justin Bieber tu tak mekap nampak lawa sangat. Justin Bieber tu lelaki woihh. Jadi, hargailah muka kita, sebab masuk kubur tak payah kena mekap. Hidung sumbat kapas jugak. Bau kapur barus pulak tuh, seram mak.
![]() |
| Cool ah mamat ni |
Subscribe to:
Posts (Atom)

