Saturday, April 26, 2014

Sembang gebang

Siapa masa kecik-kecik dulu suka debat dengan kawan, ayah siapa lebih power.

Contohnya, Amran bercerita ayahnya hebat sebab setiap pagi ayahnya bangun pagi terus angkat dumble 50kg, atau masakkan sarapan untuk family dan anything else. Aku pula lawan.
"Ayah aku setiap pagi breakfast makan telur mentah lepas tu makan api. Sambil pergi kerja, dia masak telur dadar dalam perut dia"

Itu contoh.

Well, 20 tahun lagi, assuming aku dah ada anak berumur 10 tahun dan dia suka cakap gebang macam ayahnya, aku nak dia cerita kat member dia.

"Ayah aku dulu dalam poket dia paling banyak ada dua ringgit je. Beli megi pun pakai duit syiling.
Sekarang, sekali dia seluk kocek ada lima ribu. Kereta ada lima. Rumah ada tiga kat setiap negara atas peta dunia. Minggu depan dia nak beli helikopter baru sebab helikopter hari tu dia dah bagi hadiah kat Auntie Emma. "

"Auntie Emma siapa Amir?" soal rakan anak aku.

"Bekas bini Uncle Zi..."

Tak sempat beliau habiskan ayat, cikgu Matematik beliau yang muda, Cikgu Suraya masuk ke kelas. 

Sunday, April 13, 2014

Aku rasa cam nak marah sikit ni

aku ni dah sampai asrama. lepas tu aku tengok tilam aku bergelimpangan dekat ruang tamu dan meja aku dan kawan-kawan aku bersepah. aku cam syak kena tsunami ke sial sampai jauh sangat tilam aku terpelanting ke bahagian ruang tamu. ok lepas tu takpelah kan. aku buat rilek lagi pandang cadar aku dah jadi hitam legam macam kena lenjan dek nigga. aku rilek lagi. aku pulak tolong angkat tilam aku sumbat masuk bilik sendiri ada la dalam 15 langkah. dekat jek an dekat jek an. lepas tu kan aku jadi bingung kenapa boleh jadi macam ni padahal cadar aku tu kaler oren. magisnya cinta bila tetiba bertukar kaler hitam. like whatttttttttttttt

yang meja aku pulak, aku tolong terbangkan fail-fail siapa punya tah atas tu tanpa rasa bersalah ke bahagian yang lagi satu di mana bahagian tersebut di tempat kawan aku sebab aku dengki dan nak dia rasa macam mana bersepahnya meja kita walaupun bukan kita yang buat. huhuhu



takpe kan kalau buat macam tu?



Thursday, April 10, 2014

Fakta paling betul

1.Mengikut kajian dan beberapa eksperiment yang dilakukan oleh saintis, campuran mentos dan pepsi sebenarnya tidak mampu menghasilkan koko crunch.

2. Tok mudim adalah orang yang bertanggungjawab mengkhatankan budak lelaki, dan beliau tiada kena mengena dengan perjuangan tok janggut.

3. Jika serbuk milo ditaburkan secara rata diatas milo ais ia dipanggil milo ais tabur dan bukannya Jus mengkudu.

4. Setelah diselidik dengan teliti, perodua kancil edisi pertama sebenarnya adalah sejenis kenderaan bermotor dan bukanlah sejenis perkakas alat tulis seperti yang didakwa sebelum ini.

5. Kerajaan telah mengharamkan mana-mana sekolah menerima pelajar yang asalnya dari spesis memerang.

6. Orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan ialah Neil Armstrong dan bukan Lee Chong Wei.

7. Air yang dicincang tidak akan putus. Namun jika anda mencincang paip air jiran, nescaya bekalan air beliau akan putus, dan kepala anda diputuskan.

8. Setelah FIFA melakukan perbincangan yang telus, pengadil perlu membaling syiling utk menentukan pasukan yang melakukan sepakmula, dan bukan membaling Tv plasma seperti yang dicadangkan.

9. Setakat ini hanya 8 planet yang disahkan berada di sistem solar. Cadangan para saintis utk menyertakan Planet of the Apes, Planet Hollywood dan Planet Namek sebagai planet baru telah ditolak bulat-bulat.

10. Saintis pemakanan mendakwa, jika roti dibiarkan semalaman di tempat yang gelap, roti itu tidak akan mengalami sebarang perasaan sunyi dan kemurungan.

Tuesday, April 8, 2014

Cerita bola dari seorang legend

Petang hujung minggu yang dingin, gua lepak tepi padang sekolah menengah tengok team bola diorang training. Gua tengok team bola sekolah ni main tak ubah mcm team sepanyol. Passing cantik, tactic tersusun. Lebih tinggi tarafnya dari team Jdt.

Jurulatih team pasukan tu datang kearah gua sambil bawa sebotol hundred plus. Gua fikir alangkah baik kalau dia hulur kopi dengan biskut, tapi gua ketepikan nafsu minum petang gua.

"Datang sini jemput anak balik sekolah ke" soal jurulatih muda itu yang gua fikir baru nak masuk 30an.

"Takdelah. Gua datang saja nak tengok bebudak generasi baru ni main bola" jawab gua steady sambil sepak batu diatas padang. Batu tersebut melayang dan kena tepat ke kepala golkeeper.

"Kejap kejap. Saya tengok muka abang ni mcm familiar" soal jurulatih itu teruja.

"Ye, gua Razman Ali, bekas pemain bola kebangsaan Malaysia. Dah dekat 10 tahun gua bersara. " jawab gua sambil menyalakan rokok winston putih walaupun gua tahu kawasan sekolah tak boleh smoking.

"Boleh cerita sikit tak pengalaman abang dalam bolasepak ni" soal jurulatih penuh minat.

Gua menghembus asap rokok dengan penuh syahdu sebelum mula bercerita. Asap itu kemudian ditiup kearah gol keeper tadi lalu jatuh pengsan akibat terhidu bau mulut gua bercampur bau asap.

" Gua start main team Malaysia masa umur gua 19 tahun. Muda, kacak dan berwawasan. Masa tu gua main kat kelab Athletico Madrid. Awek gua semua model Sepanyol. Setiap dua minggu tukar baru. Gua balik pergi England 2 tahun lepas tu sebab gua dah bosan menang banyak sangat piala sampai sesak rumah gua. Lagipun gua perlu lebih cabaran. Gua pindah masuk Blackburn Rovers.

Kat situ gua rasa gua rasa gua paling laju, paling berbakat, paling power dan paling kacak. Orang panggil gua Man Kencang. Dalam 40 perlawanan gua score 75 gol 16assist, dan gua dah save 20 penalti. Maklumlah gua kan kena main striker dengan keeper serentak sebab gua terlalu power. " ujar gua.

"Wah power betul abang man. Lepas tu apa jadi? Abang man berhenti main sebab apa?" Soal jurulatih itu penuh semangat.

" Gua dah trauma main bola lepas satu insiden ngeri ni. Tahun 1998, time tu gua main utk Real Madrid lawan Barcelona. Gua tengah gelecek bola punya cantik. Gua gelecek lapan pemain barcelona termasuk jurulatih dia sekali, pastu last sekali gua one on one dengan keeper.

Tanpa semena-mena, Carles Puyol yang masa tu baru 18 tahun meluru kearah gua. Beliau slide tackle keting gua dengan kedua-dua belah kaki dengan kelajuan 50km sejam."

"Peh bahaya! Habis tu teruk ke kaki kena tackle? Patah?" Soal jurulatih itu tidak sabar.

"Gua biasalah, lebam-lebam je. Time gua sepak bola time tu Puyol nak slide kaki gua. Nak tak nak gua sepak bola dan Puyol serentak. Bola sekali dengan Puyol tu masuk gol.

Akibat kejadian tu, kaki puyol retak lapan bahagian, lehernya serong, pendarahan otak, hilang deria pendengaran, hilang selera makan dan paru-paru berair.

Gua terpaksa undur diri dari bolasepak sebab rasa bersalah walaupun aku dah jadi idola Zinedine Zidane. Puyol bersara awal pada umur 18 tahun. Puyol yang lu tengok sekarang sebenarnya penyamar . Nama sebenar dia Rosmizal Abu Sidek. Immigrant dari Malaysia jual burger kat Camp Nou dulu. Asal Temerloh. Kalau lu jumpa dia kirim salam ye"

Kami bersalaman dan gua akhiri perjumpaan gua dengan team bolasepak muda itu dengan membuat skill timbang bola guna bibir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...