Monday, March 25, 2013

Kerana kau Jamaliah

Mereka tak sukakan aku. Jamaliah tak suka berkawan dengan aku. Jamaliah punya kawan pun tak nak kawan dengan aku. Adik Jamaliah selisih dengan aku, jeling pada aku sambil jelir lidah. Kakak beliau, minggu lepas baru unfriend aku di facebook lepas aku like status beliau. Ayah beliau, ah usah cerita. Pedih. Betapa bencinya beliau padaku. Itu hari kereta yang dipandu beliau lalu atas lopak air, hampir menyimbah air lecak pada aku yang berjalan kaki, tapi aku sempat elak. Beliau sanggup turun dari kereta dengan gayung, cedok air lecak tu dan simbah pada aku. Sebegitu bencinya kaum kerabat Jamaliah padaku.

Ini semua disebabkan kisah lama. Kisah 2 tahun lepas. Aku dan Jamaliah bercinta monyet di bangku sekolah. Walaupun muka ku hampir serupa monyet, namun kami bukan monyet yang sedang bercinta. Itu hanya simpulan bahasa. Usahlah aku terangkan lagi apa itu simpulan bahasa. Cukuplah kamu tahu aku bukan monyet.

Hujung tahun tingkatan 5, semua orang sibuk study di rumah, dipusat tuisyen atau di balai raya kerana SPM semakin hampir .Jamaliah juga sibuk belajar dirumah. Tapi aku, ye aku steady di cyber cafe, bermain counter strike dengan kawan-kawan. Kali ni aku main 5 jam straight. Puas hati. Walaupun mati enam belas kali setiap round.

Tiba waktu exam SPM, waktu tu paper matematik tambahan. Jamaliah berada selang semeja denganku. Beliau senyum dan tunjukkan penumbuk. Maaf, beliau tunjukkan isyarat bagus tanda 'all the best'. Sweet betul Jamaliah.

(bersambung....)

 

2 comments:

AdinataGus said...

Jamaliah power.Cepat sikit sambung.

Sarip Kumbang said...

kemain bdendam lagi ayah dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...