Bismillah
Seperti yang dikatakan Cik Ungu, saya author MTYB yang masih muda, bergaya, tak banyak jerawat, tak ada lesung pipit, tapi kalau jalan depan orang tua selalu tunduk, nak mengucapkan selamat hari raya pada readers and other authors.
Ye aku tau ini dah hari raya kelapan belas ke berapa entah. But still dikira hari raya. Bak kata legend, raya tu sebulan. Tapi kalau beraya hari ke 28 29 hujung-hujung, kebarangkalian untuk dapat duit raya tersangat tipis. Boleh jadi kena halau pulak dengan tuan rumah sebab dia ingat kau datang rumah dia nak jual penapis air. Tak ke naya kau jah?
Ok, saya mewakili blog mangkuk yang tak seberapa ni, menyusun dua puluh jari, termasuk jari kaki, memohon maaf if ada post-post or ayat kami yang menyinggung secara sengaja atau tak sengaja.
Oh ye, mintak maaf juga Abam Ben sebab saya selalu kutuk abam ben. Abam tak marah kan? Tak baik marah-marah, nanti kecut pulak muscle tu. Ha ha ha ha hak tuih.
Jemput datang rumah, nanti aku hidang sirap sorang segelas.
Sunday, August 26, 2012
Datang Membawa Ketupat
Bismillah
Maaf.
Belum berselera nak tulis entri.
Selera masih pada ketupat-rendang-sila-nikmati-kawan.
Namun begitu, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada author2 blog ni.
Yang masih muda macam aku,
dan yang tua-tua macam author2 yang lain.
Taknak mintak maaf.
*lari
Saturday, August 11, 2012
hampeh
- hampeh rasanya bila ke bazar romadhon, jumpe la pakwe makwe dok berkepit macam sah jek laki tu jadi suami hang
- hampeh bila pergi nak membeli belah, baru sedar rupanya kita tak punya cukup uang. ya, uang. kok jadi indon sih gue?
- hampeh bila kita teringatkan kengkawan yang berada di satu tempat di mana mereka senang berjumpa, tetapi kita yang tercampak jauh? feeling forever alone sangat
- hampeh bila kita makan je semua kena kawal, sebab takut datang penyakit obesiti
- hampeh bila kita nak beraya kat kampung lelama, last last kena cancel pasal abah kerja
hampeh itu selamanya hampeh. janji ditepati.
wahaha Lalang Oh Lalang tu jilake
Wednesday, August 8, 2012
Seni dari kentang goreng dan sos
Aku cabar...aku cabar sesiapa yang masih bernafas dalam dunia yang fana ini, buat satu art guna kentang goreng dengan sos McD macam ni. Siapa berjaya even lukis doremon orang lidi sekalipun jumpa aku esok. Aku bagi hadiah biskut meri sorang sekeping.
Enjoy this true art!
Saturday, August 4, 2012
Author baru
Kita bakal ada author baru. Kali ni perempuan. Ehem-ehem. Orangnya cool, hebat, baik budi pekerti, pemurah, sopan santun, jalan depan orang tua tunduk 10 darjah, tetamu datang pandai buat air oren dan paling penting, and bakal menggemparkan blog ni. Amboih over betul.
Selamat datang Juno
Wednesday, August 1, 2012
Harian Mangkuktrolls: Komen terhadap logo Merdeka 2012
(Quotes dibawah adalah rekaan semata-mata)
Datuk Najib bin Abdul Razak
"Saya rasa logo ini menepati citarasa saya dan pada saya logo ini cukup sempurna untuk menggambarkan betapa Malaysia negara berjaya dengan transformasi dan gugusan 1 Malaysia yang ternyata berjaya. Usahlah dengar kata-kata pembangkang yang cemburu dengan logo ini. Mereka cakap je lebih, buat tak pandai. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu sokong logo ni.
Satu........Malaysia!!"
Parti Pembangkang
"Logo yang jelas menunjukkan agenda politik dan ini sangat-sangat memalukan negara. Dah lah buruk, anak saya yang darjah lima pun buat lagi cantik. Kalian jangan risau, kami akan buat perubahan. Jika kami menang pihanraya, logo Merdeka tahun depan kami buat 3D!"
A. Samad Said
"Beginikah nasib ibu pertiwiku, dijaja dengan suapan pemerintah yang haloba? Mana kebebasan dan kemerdekaan yang dilaungkan, dicanang-canang dari zaman hitam putih dahulu. Mana dia? Jika ini logo yang dikatakan merdeka, musnahlah, punahlah masa depan tanah airku, akibat dijajah dek pemerintah."
Ustadz Azhar Idrus
"Buat mende kisoh ngak pasal logo ni. Baik kita fikirkan sedaghe sedaghe kite dekat burma tu yang dizalimi. Pasal logo ni takde mende pung. Tak perlu nok tampor oghang yang buat logo ni. Tapi kalu agak-agak tak tahang ngak, buruk ngak sampa boleh memudaratkang, haruslah kite lempang je oghang tu."
Sumber - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)