Thursday, November 24, 2011

Tips berjmat tahap extreme

Kalau anda bukan student yang anak orang kaya, ada kereta 5 biji, adik beradik ada iPad sorang satu, and duit dalam bank korang sama banyak dengan duit Samy Vellu, sila ikuti tips berjimat tahap ekstrem ini.


  1. Bungkus nasik and asingkan lauk, letak nasi banyak-banyak, then tekan kuat-kuat bagi padat. Kalau boleh lenyek-lenyekkan dulu nasi tu jadi nasi impit so that boleh letak banyak nasi. Sampai bilik jual 3/4 nasi tu kat kawan-kawan.
  2. Topup sebulan sekali. Guna bila penting je. Kalau ada girls yang korang nak usha, tak perlu bazirkan prepaid kasi mesej jiwang-jiwang. Ajak dating je terus. Lebih afdal, ajak kawin terus.
  3. Tido lama supaya tak rasa lapar and skip breakfast and lunch. Lebih afdal, tidor 23 jam. Lepas makan tidor balik.
  4. Sentiasa pakai baju buruk and koyak-rabak supaya bila member nak pau, korang boleh cakap yang korang anak orang miskin.
  5. Rajinkan diri untuk take part dalam apa-apa program supaya korang boleh dapat baju Tshirt free. Jimat sikit duit kan, tak payah beli lagi.
  6. Untuk bekalan minuman, air RO memerlukan duit, and lebih mahal kalau beli mineral water. Apa yang perlu korang buat tadahkan botol minuman masa hari hujan, and yakinkan diri bahawa air hujan tu suci tanpa najis burung.
  7. Ketua kelas memang selalu potong stim, mintak duit untuk beli itu ini. Korang takut kalau tak bayar, tak dapat barang atau buku tu. Tapi duit takde? Jangan panik. Korang cuma perlu berlagak macam bendahari kelas, mintak seringgit untuk sorang student atas nama Duit Kelas. Itu tak tipu, cuma duit kelas korang yang tak bayar je. Seringgit sorang, kalau 50 orang bagi tak ke lumayan tu?
  8. Kalau ayah korang mindsetnya masih dizaman 60-an dimana nasi lemak itu harganya lima sen, tolong ingatkan berkali-kali yang zaman sekarang gula-gula Hacks pun seposen dua. Baru dia akan bagi lebih duit bulanan.

  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...