Saturday, November 12, 2011

Entry pertama untuk blog kelapan

Yer, aku tak bergurau. Ini blog kelapan aku. Sejak blog first Dont Let Me Start Questioning yang  kecundang di tepi jalan perkuburan, blog lain-lain yang mengalami nasib yang sama, sampailah satu-satunya blog yang survive sampai sekarang, The Kickass Rule. The latest one, blog Emo sampai sekarang tak disinggahi mana-mana makhluk bumi. Its ok though sebab blog tu blog personal, aku jenguk pun sebulan sekali.

So,

Aku cuba sedaya upaya untuk buat first entry yang best, namun idea aku ibarat isi colgate pek kecik yang dah dikongsi tiga roomate selama sebulan. Dalam ayat lain, kering. Yeah, walaupun sebelum ni ada entry yang aku remake dari blog Kickass, itu tak dikira sebagai entry. This is the real entry bebeh. So anggap jelah first entry ni best gile sampai buat korang tepuk tangan.


Aku buat blog ni untuk menyimpangkan sikit dari The Kickass Rule sebab aku mahu tulis idea yang lebih merapu sampai berdarah otak. Blog Kickass tu terlalu banyak diketahui oleh sahabat handai, yang satu kelas, bekas satu matrik, bekas satu sekolah, mahupun bekas awek, so tak best merapu lebih-lebih. Nanti huduh imej aku kat luar. Penat je aku jaga selama ni. Ekekeh.


So, blog ni aku consider sebagai open. Open untuk merapu apa je yang masih termendap dalam kepala hotak aku. And aku bercadang akan invite several kawan blogger nsanggup menghancurkan pemikiran logic dalam otak mereka, so that boleh bersama-sama merapu dalam blog ni. Itupun kalau diorang sudilah. Damn, apahal aku jadi sopan penuh tatasusila sangat ni? (tumbuk dinding)


Tu saje teks ucapan aku kali ni. Ok chow.

1 comment:

rhm slzr said...

hahaha. oke2, nanti aku singgah2 blog kau yg terkubur tu,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...