Saturday, November 19, 2011

Teori kewujudan MALAS.

"Malas bermaksud sesebuah sikap suka mengendahkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan menggunakan kudrat, pancaindera, kepala otak dan jugak kepala lutut yang berparut hasil dari tragedi ngeri jatuh dari basikal semasa buat wheely sejauh lima meter ketika darjah lima. Sikap malas ini jugak dipanggil dengan nama saintifik, Desphereos Drozmeymukalucambabuninasos. "


Sumber - Dewan Bahasa dan Perpustakawati Yang Comel


Tuan-tuan dan puan-puan...

Sifat MALAS ini datang pada bila-bila masa, dari mana-mana arah, dan menjangkiti mana-mana insan yang berspesis manusia, dan bukanlah spesis lembu, tenuk ataupun spongebob. Sifat MALAS ini boleh mengjangkiti sesiapa sahaja manusia yang mempunyai akal fikiran. Jadi janganlah tuan-tuan hairan kenapa Dr Rozmey tak pernah merasa malas berposing dan menjaja wajah TAMPANnya pada produk kesihatannya dan laman web, serta membikin filem BOX OFFICE mengenai si pondan murahan. 


Hadirin sekalian...


Penyakit malas ini boleh meningkat tahap dan level kemalasannya sepertimana tuan-tuan dan puan-puan naik level dalam game Angry Bird. Kepala tenuk sungguh game itu yer tuan-tuan, sebab saya tak pernah dapat tiga bintang setiap round. Dan oleh disebabkan itu juga saya sering diejek rakan-rakan sebaya dan dipandang serong oleh masyarakat kerana tak pernah dapat tiga bintang dalam Angry Bird.


Tuan-tuan dan puan-puan,


Penyakit MALAS ini lebih menyakitkan dari penyakit demam kuning atau penyakit demam malaria kerana ia boleh mengundang maut. Cuba tuan-tuan bayangkan jika tuan-tuan sedang melintas jalan. Sedang melintas jalan, tuan-tuan nampak sebuah kereta bergerak laju kearah tuan. Tuan pula berasa sangat malas ketika itu, dan terlalu malas untuk mengelak kereta itu. Tuan hanya menjerit sementara menantikan kereta itu membuat pelanggaran maut tepat ke abdomen tuan, sambil kamera zoom dengan berulang kali kemuka tuan yang sedang menjerit. Sedangkan tuan sendiri tak tahu dari mana datangnya kamera itu sehingga lah tuan dilanggar dan mati ditempat kejadian.


Itu imaginasi. Realitinya tuan masih hidup membaca entry ini. Jadi sampai bila tuan mahu jadi malas dan tidak mahu berubah? Adakah mahu menunggu imaginasi tersebut datang realiti baru mahu berubah?


Ok Chow.
Salam hormat.


   

1 comment:

amrlaqm said...

penting ke tiga bintang?
aku peduli hape brpa bintang punn..
jnji aku lepas smua!
HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...