Tuesday, November 29, 2011

Perkataan bodoh dan penggunaannya

Bodo kawan-kawan
-Tak menyakitkan, tapi dirasakan just sekadar perasaan bengang sesama kawan-kawan dan selalunya diikuti dengan gelak.

 'Bodo la Musalman bin Abdul Ghafuur, aku mintak pemadam kau bagi motor RXZ apesal?'


Bodoh marah.
-Agak menyakitkan, tapi penyebut tu mungkin lebih sakit hati sebab kalau dia tak sakit hati dia takkan sebut.  Biasanya diikuti dengan maki makian.

' Bodoh betul lu pokok! Sebab kau la aku lewat pergi kelas tau tak? Babun masak kimchi betul!!


Bodoh metafora.
-Biasanya tak memaksudkan bodoh secara bangang, bengap dan samdol, tapi untuk menyatakan yang orang tu lurus atau buat keputusan yang skima. Biasa digunakan dalam drama melayu.

'Sally, husband u dah curang depan you, you nak terima lagi dia? Jangan jadi bodoh la Sally.'


Bodoh bermaksud.
-Memang betul-betul memaksudkan bodoh itu sebagai manusia yang bengap, bodoh, dan betul-betul Dr Rozmey. Biasanya diikuti dengan penampar dan sepak terajang dan seseorang akan masuk hospital.

'Aku tak sangka kau Samirul Habibullah bin Salehudin boleh lulus exam, bukan ke kau student paling bodoh kat kelas ni?



Kau jangan sampai aku sebut perkataan
keramat tu!! Grrrr...


Moral of the stody: 
  1. Gunakan perkataan itu sebaiknya. Jangan salah guna kerana anda bakal menyesal seumur hidup. 
  2. Jangan memandang rendah orang bodoh.
  3. Jangan jadi bodoh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...