Aku tengah demam selsema. Actually cuma ada demam atau selsema je, tapi aku tahu which terms berbunyi lebih ganas and terseksa. So aku gabungkan terus supaya demam aku ni bunyi lebih ganas, brutal, dan KL gangster untuk meraih lebih simpati.
Ok aku tau korang tak simpati pun.
Kalau semalam and last two days aku just selsema, tapi pagi ni bangun je kepala aku dah rasa berat, seolah-olah ada Xbox 360 atas kepala aku. Suhu badan aku boleh dikatakan naik mendadak ketahap gaban. Maybe atas sikit dari gaban, which the term is aku belum jumpa. Boleh kata aku dah capai kedemaman tahap ultimatum sampai nak bukak lid laptop pun rasa macam nak bukak pintu kereta kebal Taliban.
Aku ada kelas pukul 2 and lab pukul 4. Tapi kemungkinan untuk aku jalan lebih lapan tapak dari bilik aku sangat mustahil bunyinya. Nampak gayanya hari aku akan berbaring atas katil and menghadap laptop je sampai malam. Bosannya. Eh, kalau tak demam pun memang itulah aktiviti harian aku. So, kira takde beza la demam ke tak demam kan?
Tapi seriously, aku benci demam. Demam pun maybe benci aku, tapi tak sedalam kebencian aku pada demam, walaupun kebencian aku pada formula litar elektrik lebih dalam dari itu.
Part paling tak seronok adalah muntah. Perasaannya sangat hell especially bila, masa kau tengah muntah kat jamban, member roomate bertenggek kat pintu toliet tengok kau. Then tanya, 'Kau ok tak?'
Ok, aku rasa malas nak update apa-apa lepas ni sampai aku sihat. Sementara tu Aqiim, Ungu, Niki and Peah rajin2 la update and buatlah apa korang nak kat blog noob ni.
Ok aku rasa nak muntah sekarang. Chow.
p/s: sorry pada fan Malaysia yang positif Cik Ungu yg marah post aku before ni. Haha. Ok no kutuk-kutuk lagi dalam blog ni walaupun selayak mana pun orang tu dikutuk. Got it.
1 comment:
'ko ok tak??' sokalan aku nak tanya masa ko ngah muntah.. hehe.. anyway sempoilah.. nice2
Post a Comment