Siti sudah pun berlari sambil terlompat-lompat. "Yea yea Papa dah balik!!" Eksaited betul dia. Tompok menjeling kearah buku mewarna Siti yang ditinggalkan dilantai. "Ini Princess ke mambang tanah? Apahal rambut dia warna warni?" cemuh hati Tompok. Dia mengalih pandangan pada Siti yang menyambut ayahnya. Ayahnya berkot kemas, kemeja biru bertali leher belang. Tompok rasa mungkin ayahnya baru balik dari kerja. Mustahil kalau kata ayahnya baru balik dari kebun dengan berpakaian sebegitu, melainkan dia dah kena rasuk iblis.
"Papa belikan Siti mainan tak?" tanya Siti dengan penuh ketidaksabaran. "Tak ada. Papa tak sempat la. Jem tadi" jawab ayahnya tenang, sambil mencabut stokin yang dari jauh nampak basah berpeluh. Sempat juga sesekali dia membau stokinnya sebelum cepat-cepat menyumbat kedalam kasut kulitnya kerana khuatir akan mati mengejut. "Papa belikan choki-choki tak?" Siti masih mengharap. "Tak sempat la Siti. Kan jem tadi"
Siti senyap seketika. Ayahnya mengusap kepala Siti tanda bagus kerana faham.
"Papa belikan Siti patung Princess tak?"
Ayahnya hampir jatuh tergolek mendengarnya. Nak dilempang tak sampai hati. Dia memandang Siti dengan wajah kesal seolah olah berkata dalam dirinya, "Menyesal aku kawin dengan mak kau. Habis semua bodoh dia turun kat kau."
Ayahnya membongkok sambil tersenyum paksa pada Siti. "Kan jem tadi. Papa tak sempat singgah mana-mana. So tak dapat beli apa-apa untuk Siti. Faham setan?" jelas ayahnya dengan nada menahan marah.
"Oh.....jalan jem. Kalau papa pergi kedai nanti sampai lambat. Nanti cian kat Siti kan?" jawab Siti dengan penuh pemahaman tentang situasi ayahnya.
"Haaa pandai pun anak papa ni. Kalau jalan jem nak keluar kereta pun susah. Tak dapat papa belikan Princess untuk Siti." terang ayahnya lagi.
"Ohh...." Siti menyambung.
"Kalau macam tu papa belikan Siti choki-choki tak?"
Sejurus selepas itu, Tompok yang sedang khusyuk menonton Buletin Utama tiba-tiba terdengar bunyi objek besar dicampak keluar tingkap. "Nasib kau lah budak...." bisik hati Tompok sambil terus menonton tv dan mengunyah biskut merri.
To be continued...
2 comments:
aku teringin nak lempang siti -,-
siti tu bangang.
Post a Comment