Anda ingin kurus? inginkan bentuk badan yang anjal? Jangan risau. Kami ada jalan penyelesaiannya. Saya, Dr. Rozmemey Ah, akan bersama-sama anda untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk menguruskan badan tanpa menggunakan walau sesen pun.
Cara yang pertama, dapatkan sebuah kereta mainan. Tidak perlu beli, cuma dapatkan sahaja. Dari mana untuk mendapatkannya, itu tidak penting. Apa yang penting, cuma dapatkan sahaja. Baiklah, jika anda sudah mempunyai kereta mainan di tangan masing-masing, sekarang kita ke langkah seterusnya. Letakkan kereta itu di lantai. Kemudian, tolak dan lepaskan kereta itu ke depan dengan sekuat hati. Dan sebaik sahaja kereta itu berjalan ke hadapan, kejar kereta itu. Ulang langkah ini berkali-kali. Tolak, kejar, tolak, kejar, tolak, dan kejar sehinggalah anda berasa letih. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, sila ulang langkah tersebut melebihi dari 2000 kali. Bagaimana ini dapat membantu? Sekiranya proses ini dapat dilakukan berulang kali, peluh akan keluar dan lemak anda akan terbakar sedikit demi sedikit. Mudah, bukan?
Cara yang kedua, bergaduh dengan rakan-rakan. Pergi cari seorang rakan, lempang dia dan maki dia berkali-kali. Gunakan apa yang ada pada fizikalnya sebagai bahan untuk diejek. Seperti contoh, jika dia adalah seorang yang kurus kering dan berbau busuk, maka ejeklah dia, "kahkah kurus nampak tulang, tendang kena palang, bau macam bangkai, perangai macam sakai!". Dengan itu, beliau secara automatiknya akan membalas ejekan anda dengan cara yang sama. Tubuh badan anda yang besar sudah tentu akan memudahkan kerja dia. "cilakak punya gemuk, gemuk gedempol, tendang masuk gol, perut buncit ke depan, mengandung berapa bulan? kahkahkah!". Sudah menjadi kebiasaan, orang yang kurus apabila diejek, tiada apa efek pada dirinya. Berbeza pula dengan orang yang berbadan besar. Mereka ini apabila diungkit tentang fizikal mereka, mereka akan mudah berasa down. Rendah diri. Maka bila diejek berkali-kali, anda akan berasa sangat down dan seterusnya akan berusaha untuk menguruskan badan secepat mungkin walau dengan apa cara sekalipun.
Baiklah. Buat masa ini, cukuplah sekadar dua itu sahaja yang Doktor boleh kongsikan ya. Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh lah hubungi Doktor di talian 1800-900-1000. Atau boleh hubungi pejabat kami di talian, 1200-300-400. Sehingga kita bertemu lagi. Selamat menguruskan badan.
5 comments:
hebak sungguh idea anda!
terbaikkkkkkk ngeng -.-
good idea lah dr. rozmemey ah!haha..
kah3, sengal!
kah kah kah.,..
mengong betul!
tapi lawak la tips ni!
boleh amalkan haha
Post a Comment