Tuesday, February 14, 2012

CerpenMangkuk : Bahulu Kampung Puaka

Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah kampung yang bernama Kampung Puaka. Kampung tersebut memang terkenal dengan kisah-kisah misteri sejak zaman berzaman lagi. Pelbagai kisah seram telah didengari dari kampung tersebut.Pelbagai jenis hantu tinggal di situ. Antaranya, Hantu Kicap, Hantu Cili Sos, Hantu Sos Tiram, Hantu Cili Blender, Hantu Tupperware, Hantu Planta, Hantu Telur dan hantu yang paling popular sekali, iaitu Hantu Mangkuk yang dipercayai merupakan antara hantu terawal yang mengasaskan blog ini.

Para penduduk kampung sering berasa takut apabila mereka keluar berjalan berseorangan. Mereka terasa seperti diperhatikan. Mengikut cerita beberapa orang penduduk di kampung itu, mereka mengaku kerap diganggu oleh hantu-hantu disitu. Ada yang bila berjalan, terasa seperti ada orang di belakang. Ada yang pada waktu malam, tidur di atas katil, tetapi bila terjaga keesokan paginya, dia masih di atas katil, cuma posisi yang berubah. Lebih menyeramkan, ada yang pernah berjalan di sebuah kawasan perkuburan, kemudian terasa seperti seluarnya dilondehkan dan kemudian dipakaikan kembali.

Pada suatu hari, di waktu malam, seorang lelaki iaitu Budin, berjalan berseorangan untuk pulang ke rumahnya di seberang sungai. Beliau baru pulang dari kerja. Untuk ke seberang sungai, beliau terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang sudah usang. Budin dengan beraninya berjalan di atas jambatan tersebut sambil bersiul. Tiba-tiba, Budin ternampak ada seorang wanita tua yang berpakaian putih, sedang menjual kuih di tengah-tengah jambatan itu. Budin sedikit gementar. Semakin lama dia semakin hampir dengan wanita tua itu. Sambil itu, Budin terasa seperti ada sesuatu yang mengalir laju di dalam seluarnya.

Sebaik sahaja Budin melintas di depan wanita itu, tiba-tiba wanita itu berkata, "hai dik, nak beli karipap tak?". Dan Budin secara spontan terus menjawab, "lahh hantu karipap rupanya! ingatkan siapa lah tadi.. ceh! errr taknak lah.. saya nak kuih bahulu, ada tak?". Sebaik sahaja mendengar soalan itu, wanita tua tersebut terus menangis sambil berlari-lari anak menuju ke dalam sungai dan kemudian terus berenang secara kuak lentang meninggalkan Budin yang masih terpinga-pinga di atas jambatan.

Sejak dari itu, Budin menjadi popular kerana berjaya menewaskan salah satu hantu yang berpengaruh di Kampung Puaka. Dan kuih bahulu pula mula popular di serata dunia.







-TAMAT-

2 comments:

El said...

ok yang ni lawak. hahaha

nine said...

aqim, seram, takut cerita kau, HAHAHHAHAA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...