Thursday, January 12, 2012

Kutu-kutu Berjaya Era Najib

Hi u'olls... Apa khabar hari ni? It such a beautiful day khenn, tapi of course la untuk orang-orang yang tengah bercuti je. Yang tengah ada kelas, ada final, ada meeting, ada appointment, ada kelas memandu, hari ni mungkin hari malang u'olls khenn? Hahahaha. *oppss, keluar pulak suara jantan mak.

Hari ni mak ingat nak kupas isu-isu pasal ponen la. Eyh tak-tak. Silap. Mak ingat nak kupas isu pasal kutu-kutu dekat Malaysia ni yang makin mencanak naik bagai cendawan tumbuh lepas tsunami. Haaa, tengok title pun very the meletops khenn? Tapi Mak nak ingatkan u'ollss, even Mak ada mention nama Najib (PM u'ollss tu la) tak bermakna Najib tu kutu yang berjaya okeh? Tak bermakna juga dia tak pernah jadi kutu masa dia muda-muda dulu. Erkk.

Hari ni Mak nak cerita dekat anak-anak hekan mak ni, jenis-jenis kutu yang ada dekat tanah air kita ni. Hei, tunggu apa lagi? Pergi ambek kertas dengan pen. Ambooii. Ingat mak nak cerita bedtime stori ke. Mak tengah buat lecture pasal kutu ni tau. Cukup bulan nanti mak kasi test. Siapa tak boleh jawab, mak gagalkan sorang-sorang.

1. Kutu King a.k.a Kuki

Haaa.. Meletops jah nickname beliau. Ada sipi-sipi nak mencarut gitu. Kuki ni  boleh dikatakan sebagai ketua dalam satu-satu kumpulan kutu. Beliau ni bertanggungjawab meng-organize aktiviti menyundal bagi kutu-kutu sundal. Choii! Silap pulak. Tu aktiviti ponen. Mak sebenarnya confuse nokk ponen dengan kutu ni. Sebab dua-dua kelab mak ahli aktif. Tahun depan mak nak bertanding jadi presiden. Vote for mak okkkk?!

Tugas kuki sebenarnya menghasut anak-anak buah untuk melepak tanpa arah tujuan gitu. Boleh dikenalpasti dengan hanya melihat berapa banyak gelas minuman yang dia order, dan berapa banyak putung rokok yang dia hisap. Makin banyak makin tinggi pengaruhnya. Oh, juga boleh dilihat berapa tebal buku hutangnya dengan tokeh kedai. Tebal buku hutang yee, bukan tebal bulu kaki. Hihihi.

2. Kutu Berbini a.k.a Kubi

Cenderung untuk mengajak bini/awek/kekasih gelap/kekasih terang/stok geli-geli/ dan yang sewaktu dengannya lepak satu meja dengan ahli-ahli kutu yang lain. Jenis ni selalu disalahanggap sebagai kutu babi. Tapi kadang-kadang selalu jugak digelar sebagai babi punya kutu atas kepoyoan beliau bergeli-geli di khalayak ramai bersama babi punya kutu punya pasangan.

3. Bini Kutu a.k.a Biku

Pasangan kepada Kubi. Mak estimate 3/10 dari biku-biku di Malaysia ni jenis muka ketat bajet pakwe dia paling hensem dan susah betul nak get long dengan kutu-kutu yang lain dengan jelingan yang menghina golongan kutu tak perasan ke yang balak dia pun sama kutu? Derrr, tak kuasa mak nokk nak layan perangai diva meletops kau tu. Nak mendiva pergi tumah tumpangan ok, bukan dekat mapley. Tak sesuai.

4. Kutu Bola a.k.a Kubo

Ahli kutu yang berperanan sebagai biskut chipsmore. Kejap ada kejap takde. Kerap ada apabila hanya ada  match bola yang ditayang di mapley. Tu pun sebab astro dekat rumah dah kena potong. Tak pun gaduh dengan bini berebut nak tengok drama melayu. Yang lagi dasat u'olls, gaduh dengan anak nak tengok hagemaru, fukuchan, shin chan, atromen dan macam-macam lagi. Lecture mak dulu cakap, Kubo ni jenis kutu yang paling alim sekali antara kutu-kutu yang lain. Mana tak nya, 24 jam dok ingat kubo je. Ingat mati kekdahnya. Haaa, kau ader?

5. Kutu Junior a.k.a Kuju

Last sekali, Kuju. Kuju ni faveret mak u'ollss. Selalu yang baru nak join aktiviti-aktiviti mengutu muka jambu-jambu gitu.. I loiikkee. Kalau dapat dekat mak sorang, confirm mak sekolahkan dia kaw-kaw punya. Hihihi, malu pulak nak cerita lebih-lebih.




Okeh anak-anak hekan sekelian. Sampai sini je kuliah mak hari ni. Esok sampai minggu depan kelas mak cancel tau. Mak nak pergi mengutu dengan kuju-kuju mak. Malam pulak, mak nak pergi memponen kan diri mak. Hahahah. *Eh, keluar lagi suara jantan mak ni.


ponen = pondan
mapley = mamak

1 comment:

El said...

apahal aku pun terikut baca dengan lenggok mak nyah ni? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...