Thursday, January 12, 2012

Kata-kata pengarang

Blog Mangkuk Tingkat Berhayun ni bertujuan untuk meningkatkan mutu perapuan kaum kerabat blogger, supaya budaya merapu-rapu ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta menjamin kesejahteraan bumi tercinta ini.


Blog MTB ini ditulis 5 blogger yang kepakaran mereka bukanlah pada bidang masakan Perancis mahupun pakar  menimbang bola takraw, apatah lagi kepakaran membawa bola ping pong dalam sudu. Tapi mereka pakar dalam segala jenis bidang merapu dan kerjaya mereka mungkin juga akan merapu jika mereka berhenti merapu.


Blog ni tak mengejar pageview, tak mengejar duit nuffnang yang setiap tahun naik seposen, apatah lagi mengejar follower. Bagi kami kejar benda-benda ni semua langsung tak bermanfaat, lebih baik kami kejar anak dara Haji Rahman yang dalam facebook profilenya jelas tertera status 'Single'.


Oh ye, sesiapa rasa mereka cukup hebat dalam merapu dan mahu menceburkan diri dalam blog tak seberapa ni, saya buka application secara mudah. Bukan mudah.my, tapi just bagitau kat komen atau shoutbox atau mana-mana tempat yang kami boleh baca. Yang penting jangan jadi bahalol sangat pergi tulis atas kertas, masukkan dalam botol lepas tu campak kat laut dengan harapan botol itu hanyut sampai pada kami.


Itu saje. Sekian terima kasih.




Chief Editor,
Hasan Nawawi.

4 comments:

si ngokngek said...

sapa ank Haji Rahman..takda laki hensem kerr aku pun nk kejar gak..hee

tak elok kejar-2 nih,nnti jatuh luka...

El said...

kalau nak hensem Haji Rahman pun hensem gak :D

Anonymous said...

kalo boleh aku nak yang pandai masak. rajin mengemas, bagi kemas sikit blog yang bersepah ni. jantina tak kisah laki ke pompuan. tapi kalo laki lagi sedap. eyh2.. hahaha.

El said...

senang cite org yg rajin edit blog. lagi rajin lg bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...