Thursday, December 1, 2011

Hasan Nawawi. (sequel drama Niki)

(click sini untuk episod sebelumnya)



Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa negro.

Daun masih berguguran. Semalam daun getah, hari ini daun rambutan. Hasan Nawawi mengangak kemungkinan esok daun ketum pula yang gugur.


Hasan Nawawi sampai ke kedai Pak Harun. Hanya kedai Pak Harun sahaja yang selalu dikunjungi kerana disitu air kosongnya percuma dan nasi putih campur telur dadar baru dua ringgit.   



Hasan Nawawi menyeluk sakunya. Dia cuma ada seringgit. Dia sedar sekarang dia perlu memilih sama ada mahu nasi putih atau telur dadar sahaja kerana salah satunya bernilai seringgit.



Anak perempuan Pak Harun mendekati Hasan Nawawi. 



" Abang nak apa?"


Hasan Nawawi tersentak dari lamunannya yang membayangkan dirinya sedang naik Ferrari kat Paris. Selepas ditegur baru dia sedar seringgit tadi masih tergulung rapi dicelah jarinya.



"Bagi saya........" Hasan Nawawi sengaja tak habiskan ayat untuk menambah effect dramatik, sambil menoleh kearah wanita yang meneegurnya tadi.



Dihadapan Hasan Nawawi, berdirinya seorang gadis comel bertubuh kecil memandangnya dengan mata yang bercahaya dan penuh dengan sinar harian.



"Ye, bagi apa bang?" tanya anak Pak Harun. Suaranya sangat ayu umpama suara Mila AF. Badan pun hampir sama. Muka pun sama dengan Mila. Oh ye, nama dia pun Mila.



Hasan Nawawi terpesona dengan kecantikan dan keayuan Mila yang sedang tersenyum sambil memegang pen dan kertas, siap sedia mengambil order. 



Hasan Nawawi berasa malu ingin order nasi putih sahaja. Nampak sangat dirinya miskin dan hina depan Mila.
Dia berfikir bagaimana dia mahu menarik Mila dengan cara menunjukkan dirinya kaya dan berduit, dan juga mahu melambatkan proses menempah makanan itu kerana dia mahu berbual mesra dengan Mila.



"Bagi abang....nasi putih lapan, tom yam lapan belas orang makan, paprik satu mangkuk perek and......jus oren satu jag!"



Kata Hasan Nawawi dengan muka penuh bangga. Dia memandang Mila yang berlalu pergi masuk ke dapur. 


Tiba-tiba dia terdengar bunyi kecoh di belakangnya. 5 orang lelaki tough membelasah seorang lelaki boroi. Lelaki boroi itu patah riuk, dan ambulans datang.


Dua orang paramedik mengangkat lelaki boroi itu menggunakan stretcher. Seorang lagi memberi bantuan oksigen, manakala seorang lagi cuma memandang sambil menggeleng-geleng kepala.


5 lelaki itu berbadan tough ala-ala Stone Cold, botak seperti Stone Cold. Oh ye,  nama mereka memang Stone Cold. Kelima-limanya nama sama. Ia satu kebetulan.


Mereka adalah bodyguard Pak Harun.


Hasan Nawawi mencuri dengar perbualan seorang mamat di kedai itu.



"Kedai Pak Harun ni sekarang ketat sikit. Sape makan tak bayar, macam tu lah jadinya."



Hasan Nawawi menelan air liur sambil memandang duit seringgit miliknya.

   

 Angin masih bertiup sepoi-sepoi bahasa...

5 comments:

amrlaqm said...

haiyaaaa~
siapa hasan nawawi nie woii?! O.o
hahaha

El said...

biarlah hasan nawawi ni kekal misteri. haha

Anonymous said...

ape nk jdi la ngn ko ni hasan nawawi. x abeh2 crik mslah.
hahahah.

El said...

haha. hasan nawawi memang begitu. perangainya sama mcm kau

Unknown said...

hahah... tu lah nak tunjuk sangat.. haha... best ar crita hasan nawawi nie..hihi..update la slalu... mau jg dgr crita2 dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...