Ye aku tahu, zaman blog dah berlalu. Sejak Cool Blog mengambil alih menarik golongan gadis-gadis untuk minum ais berperisa, aku dah boleh agak tak lama lagi blogger ni sama nilai dengan biskut meri Hup Seng yang dah digigit separuh.
Umur semakin meningkat, semua manusia sejagat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Orang yang dulunya kerjaya sebagai penulis blog, sekarang mungkin dah berubah haluan menjual cendol di tepi pejaba pos. Apa lah cerita Ben Ashaari agaknya. Adakah beliau masih bergiat post gym workout selfie di blog beliau, atau sudah berubah arah ke instagram.
Apa pun, yang penting sekarang Fasha Sandha pun dah single balik. Aku pun single. So ada eloknya kalau aku cuba try meminang Mira Filzah. (Tiba - tiba)
Apa khabar Hasan Nawawi agaknya. Kalau dulu beliau sibuk merenung kearah jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, adakah sekarang beliau dah berjaya memenangi hati gadis pilihan beliau? Adakah nasib beliau yang selalu miskin dah berubah jadi golongan bangsawan? Atau beliau masih mencari 50 sen yang terjatuh di mesin air RO 5 tahun lalu?
Tapi itulah, buat apa nak dikenang benda yang sudah lepas. Masalah negara pun belum sempat nak difikirkan, inikan nak fikirkan hal orang lain. Bak kata pepatah, " Jauh mata memandang, jauh terbawa lukisan hatimu. Hilang, mencari dimana kau pergi. Tinggal aku menahan luka ini,"
Sekarang, Cik Ungu dah sibuk menjaga anak, dan suami. Peah sibuk menjaga tepi kain orang, sebab beliau dah jadi saudagar kain. Juno asyik berulang alik New Zealand-Malaysia atas urusan business jualan tikar mengkuang beliau, Encik Atan masih berusaha menjalani latihan intensif mengimbangi karipap inti daging di bibir untuk sukan olimpik akan datang, Niki Razali sedang dalam usaha mengambil alih syarikat insurans khas untuk penunggang kuda. Dan Amirul Aqiim sekarang berjaya memikat seorang gadis cantik dan rupawan dalam game The Sims. Aku? Well, macam biasa, masih bermain duit kutu dengan Bill Gates, bergurau senda dengan Katy Perry di ruang tamu, dan kadang-kadang bergusti lengan dengan Obama. Aku masih low profile macam dulu.
Eh malas lah cakap lebih-lebih. Bukan ada orang baca pun.