Tuesday, September 4, 2012

Kisah Amalina mencari cinta - kembar Aaron Aziz

Aaron Aziz seorang pelakon drama dan filem yang kacak. Sudahlah kacak, tampan, bergaya, body pun boleh tahan berketul. Sampaikan Malek Noor tengok pun boleh merajuk balik rumah mak. Seorang gadis biasa yang tidak glamorous minat pada Aaron Aziz. Namanya Amalina. Setiap hari ditatap gambar Aaron yang ditampal di dinding biliknya yang berlubang akibat ditebuk tikus.

Sayangnya Aaron Aziz sudah berkahwin. Dah anak pun. Amalina kecewa. Dia sudah fed up google gambar Aaron setiap hari, selepas terbaca dalam majalah Mangga bahawa Aaron sudah berkahwin.

Suatu hari, ketika Amalina tidor siang didalam kuliah, dia bermimpi. Mimpinya bercampur aduk dengan mimpi lain. Contohnya mimpi dapat kereta Mercedes hasil peraduan gores dan menang, mimpi dikejar hantu berpakaian pengakap, dan sebagainya. Tapi satu lagi mimpi menerangkan bahawa Aaron Aziz ada seorang kembar yang terpisah dari kecil akibat tertinggal dalam keretapi ketika ibunya dalam perjalanan pulang kekampung. Namanya Harun. No telefon tak pula diberitahu.

Amalina mencari Harun di seluruh negara, siang dan malam. Maghrib dan Subuh. Kadang-kadang solat Subuh pun terlepas. Apa nak buat, musafir. Setelah lima bulan mencari, Amalina masih tak jumpa Harun yang disebut dalam mimpinya. Paling dekat dia jumpa pun Harun Salim Bachik. Beliau hampa dan pulang ke rumah.

Ketika Amalina singgah di kedai goreng pisang di depan rumahnya, dia ditegur seorang lelaki kacak.

 "Awak, awak tertinggal dompet didalam bas tadi"

Dipendekkan cerita, nama lelaki kacak itu adalah Harun. Rupanya mirip Aaron Aziz. Amalina berkenalan dengannya selama lima bulan dan akhirnya dia berkahwin. Maksud saya Harun itu yang kahwin. Kahwin dengan janda jiran sebelah rumah Amalina.

Amalina masih lagi single.


     
   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...